FB,TWT,Skype,Yahoo.





Sunday 23 June 2013

Langkawi Cheq Mai (Part II)

Views
ASSALAMMUALAIKUM

On 3rd Day :- 

So, tak banyak sangat pun tempat kiteorang nak pergi masa tu. Nak2 lagi masa tu kiteorang keluar pun dah agak petang sangat. Nak jenguk banyak tempat pun terpaksa diterhadkan. Emosi masa ni pun semua kena pandai handle sebab impian nak naik CABLE CAR terpaksa dipendam. Uarghhh,, nak nanges tau kiteorang yang muda2 ni . Hajat tak kesampaian. Merana tau hati bila tau takde masa nak pergi situ.

Untuk hari ketiga ni, sempat la jugak kiteorang singgah kat Kota Mahsuri. Tapi tulah, Singgah kat luar je dalam tak tengok pun hihikk. Nak masuk pun kena pikir dua tiga kali tau pasal tengok harga pun mak aihhh, tak sanggup nak joli duit haha. Kalau setakat datang dua tiga orang camtu tak kisah lagi nak beli tiket masuk.. ini mau 2 family mana nak belanja makan lagi kan. Daripada tengok makam dengan perigi tu je kat dalam, baik baca sejarah beserta sekali dengan gambar kat luar kaunter tiket tu je. Kata ayah, LOL..



Tu dia . . dah tak de kerja lain agaknya. 'O wow, my daughter wants to beaten up the mommy. But sorry . .
Mom's always win. Gahaha'. Terabur dialog hasil brainmade sendiri ish . .ish . . Emm, masa ni kat luar tempat Mahsuri tu je. Ada banyak kedai kat situ and kiteorang pun jenguk2 je lah apa yang ada memandangkan dah tak ada nak buat apa2 kan. 


Geram betol dengan one pack ayah ni. Cam nak ketuk2 je bagi kempis sikit . Ni jahat ke nakal. Entah, aq pun tak tau haha.


Atas tu gambar waris Mahsuri generasi yang terkini. Orang Siam rupanya. Sawadeekapp ~


Koppunkappp ~ eh. 


Waktu masa melawat Kota Mahsuri tu memang terik sangat. Tak tipu segala badan habis basah dengan peluh. So. take a break, kita melantak ABC dengan Cendol. 


Lepas dah kenyang sejukkan badan, sambungla journey kiteorang. Masa nilah semua dah naik kepala sikit sebab berbeza pendapat nak pergi tempat yang seterusnya. Macam drama tau dalam van tu. Hajatnya nak naik cable car tapi pilot dengan co-pilot tak tahu pulak dah tempatnya. Merajuk tau kiteorang nak-nak lagi aq dengan Kak Sha. Makan hati je lah kiteorang berdua pasal benda tu lah kiteorang harap2 kan bila dah ada kat Langkawi ni. 

Hmm, agak bosan jugak hari tu pasal most of the time kiteorang spend banyak masa dalam van je jalan2 keliling Langkawi. Yang tu je lah yang dapat. At least, boleh lah jugak dah tahu mana tempat2 top kat situ, senang bila dapat pergi situ lagi kiteorang dah tahu jalan dia macam mana. Hurm, think positive sentiasa buat orang jadi tenang.Cecehhh. .

For the result, singgah lah kiteorang kat Pantai Chenang. LAGI !. Cuma feeling je lain sebab aq sedih sangat tak dapat nak naik cable car tu. Nak tengok laut pun tak ada hati. Hrrr. . sabar-sabar fuhh ~


Tangkap gambar dari luar pun jadilah. Nak masuk konfem tak boleh pasal timing dah out haha. Lain kali jelah gamaknyerr. Dekat Pantai Chenang tu je. . masa ni singgah nak beli cekelat. 


Tempat ni kat belakang Underwater World tu je. Nak senja pun ramai orang lagi. 





Seriously, ombak kat pantai ni semua besar2. Sempat lagi tengok orang yang belajar surfing board tu kat situ. 


Tengok matahari terbenam sekurang-kurangnya sejuklah hati sikit daripada fikirkan Cable Car tu. Eh sempat lagi pikir benda alah tu haha. 


Dah puas kat Pantai Chenang, kiteorang pun jenjalan jelah kat area Padang Matsirat tu. Tak ada papepun just tempat2 nak singgah makan je. Kali ni pantai lagi tapi dah lupa apa dah nama pantai tu. Yang tahu pantai ni dekat sangat dengan airport. And yes, dapat tengok aeroplane atas kepala je. Woohooo . . 

Tapi yang tak tahannya pulak view pantai tu tunjuk pulak Gunung Mat Cincang dimana gunung tulah terletaknya cable car. Bayangkan perasaan masa tu, baru nak lupakan hati yang lara ni pasal cable car boleh pulak gunung tu ada kat situ. Nak tak nak terima je hakikat yang aq tak dapat naik cable car tu. Kuang. . kuang . .kuang . . 

Tak dapat nak naik cable car tu tangkap gambar berlatarkan gunung tu pun jadilah. Dengan harapan oneday aq dapat jugak naik cable car kat gunung tu . Dah boleh buat wishlist nih haha.. 



Belakang tulah Gunung Mat Cincang yang ada cable car tu. Buat muka sodih sikit. 'Haihh Cable car .. Kau tahu betapa teringinnya aq nak naik kau'. 




Muka Kak Sha (my cousin) pun sodih tau. Hehe






Motif pun aq tak tahu kenapa aq kena posing sebegitu rupa. 






Sebelum balik melantak rojak pulak. 


4th day (The Last Day) :-

Hmmm . . emmm . . nak balik dah . Alaaaaaaa ... camnilakan bila dah sampai penghujung . Nak2 bila tahu yang holiday takat sampai sini je. Sob sob . Oraite, holiday dah habis dah and yes terima hakikatnya itu. Pagi2 lagi semua dah siap packing barang masing2 masuk dalam van katanya nak tolak awal. Gila awal sangat ! 

Sampai je kat Jetty Point tu, tak teragak-agak kiteorang nak bagitau kat parents yang kiteorang nak pergi tengok patung helang yang besar tu yang agak berdekatan jugak dengan Jetty kat situ. Memandangkan nak kena beli tiket lagi, aq ajak lah kejap adik2 cousin2 aq jenguk Che Lang. Sesuka hati je bagi nama haha. 


Ooyeah,, dapat pun bergambor dengan Che Lang. 




Angah & Me.



Alang. 



Tanpa segan-silunya Si adik menyergah mintak gambonya diambil. Chaitt. Teanjat along ko nih. Datang camtu je. senyum pulak tu .


Gamat sekejap jeti bila 3 orang ni nak racing. 



The Nazari's Sibling.


Me & kak Sha . kengkononnya nak bikin gambar kontroversi . Bhahaha
Politics is politic la kan . 


Ada je lah keje 3 orang hero nih. Tak reti diam. 







Kata orang muka i ni memang iras dengan ibu. Cuma sekarang ibunya dah agak berisi sikit hehe. Anaknya pun teringin jugak ni nak tembam. eh. 


With our Ibu. 

Walaupun tak banyak sangat tempat yang kiteorang pergi kat Langkawi ni, sekurang-kurangnya dah boleh kenal jalan yang dah lalu. So senang sikit bila nak datang lagi. Yang pasti, Cable Car aq nak naik jugak kalau ada kesempatan nak pergi Langkawi lagi. Haaa impian tu ,impian !. In sha Allah. Langkawi, cheq akan mai lagi. Tunggu cheq naa.. 



END.

Thanks sudi baca entri ni ^_^

















1 comment:

  1. nice.. untung la pegi jln2..
    nak lawan jln2 ngan kite x?? sape lg kuat jln2..
    http://madestory.blogspot.com/

    ReplyDelete