FB,TWT,Skype,Yahoo.





Saturday 2 March 2013

Assignment, Assignment, Assignmentsssss !!

Views
ASSLAMMUALAIKUM 



Cuba jawab, Student mana yang suka buat homework? Yang suka tu aq tak tahu la tapi papepon Tahniah diucapkan yee, anda memang lain dari saya huh. Selama 3 sem Diploma aq duduk kat uitm ni, perkara yang paling melemahkan aq Yang NI LAH. ASSIGNMENTS. Haa amik ayat Caps Lock aq ahah. Aq tak boleh langsung dengar benda alah tu, memang tak boleh, eee memang tak boleh la. Nampakkan poyonye tu.

 Bila dikenangkan zaman dulu-dulu, dari kecik kot aq mana la sangat nak siapkan kerja sekolah aq sendiri sampaikan Guru Besar aq datang cari aq kat kelas sebab dia dah cek semua buku aq yang kosong tu haha. Hasilnya, aq dapat 3 sebat rotan hinggap betol-betol kat bumps aq ni. Malu tak yah cerita la kan, aq kena sebat depan classmate aq sendiri waktu tu dan aq je lah satu-satunya budak perempuan yang kena sebat oleh Guru Besar aq sendiri. Guru Besar weihh, taikun besar sekolah tu wa cakap haha. Rotan pulak bukan nipis ye.. tebal mengalahkan kaki kerusi kayu (yang tu tipu). Aq cakap betul-betul la.. masa zaman sekolah rendah memang aq seorang yang malas sikit,sikit je la tapi tak de la terbawak-bawak sikap tu. Lepas insiden kene rotan tu aq tekad tak nak malas lagi. Cukup la kena rotan depan 1 kelas tu.

Ibarat situasi aq yang macam ni lah. 

Sejak masuk universiti amik diploma ni memang aq tak boleh nak lari dari assignments. Nak-nak lagi kos yang aq ambik sekarang ni. Bergunung-ganang weih assignment. Ingat aq suka? Tolong lah, tu memang tak normal kalau ada yang suka buat assignments. Tu memang aq tumbok kang kalau aq jumpa orang camtu hahaha. 
.
.
.
.
.
.

Information Management memang tak sah kalau bagi assignments berlambak-lambak. Kos lain perlu tahu bahawasanya, pelajar-pelajar Pengurusan Maklumat ni mampu melakukan berbelas-belas assignment yang dibagi sendiri oleh lecturer untuk disiapkan dalam masa yang singkat je. Haaa.. ko mampu ke tak ? Itulah kelebihannya bila jadi student Information Management nih. Kerja mengalahkan Setiausaha Negara je kan hahaha. Nak ke tak nak , kerja kena siapkan jugak, kalau tak siap memang makan diri. Assignment siapkan last minute memang dah sebati sangat dengan aq, tak boleh nak ubah dah. Dapat kerja sebulan lepas, time nak dekat due date dia mulalah menggelabah cari orang, tanya tu tanya nih. Last-last aq hantar jugak walaupun aq tahu content dalam tu semua tunggang-langgang hehe.

Yeahh die hard DIIM. 

Ok, list tu memang hasil dari tangan aq sendiri. Memandangkan aq ni boleh la tahan malasnya, aq siap pakukankan benda alah ni dekat board depan meja study aq. Memang nak bagi mata dengan otak aq sakit bila nampak je benda nih.. Untuk sem 3 ni, haa amik 16 assignments gedebuk atas aq. Waaa... nanges air mata darah sekalipun aq tak boleh nak buat pape. Terpaksalah buat demi cita-cita nak pointer yang gempak. Normal sangat kalau aq dengar member-member aq yang lain mengeluh pasal assignments. 'Eee..geramnya dapat banyak assignment nih.' 'Halaahhhh, muntah aq hari-hari menghadap assignment je'. Dan ETC haha. Memang tak ada sorang pun yang sukalah bila dengar je perkataan ASSIGNMENT nih. MUka masing-masing dah macam muka rasa cuka bila dengar perkataan tu. Aaa kan ?

Tapi tak pe, aq tak naklah mengeluh selalu.. aq pun terfikir kalau asyik mengeluh je kerja konfem tak siap kan. Apa kata kita berfikir secara positif. Daripada mengeluh baik kita tukarkan yang negatif tu kepada positif. 'Aq kena kuat, aq boleh buat, Aq boleh siapkan assignment ni'. Haaaa amacam? *wink wink* Berdoa banyak-banyak kepada Allah agar sem 3 ni berlalu dengan cepat, tak sanggup dah aq nak rasa lagi. Uuu Amin amin aminnnn....

So, kepada classmates aq, chaiyok chaiyok, kuatkan semangat, luahkan idea anda, eratkan kerjasama berkumpulan, and still together okeh. KIta harung sama-sama ye... LOve u all hehe. Ingat... belum ada students yang mati disebabkan assignments. Hahaha..

Dah, nak sambung buat assignments balik. Salam....