FB,TWT,Skype,Yahoo.





Sunday 7 July 2013

Graduan Aspire 2013 in KLCC

Views
ASSALAMMUALAIKUM. 




[ 6th July 2013 : Saturday ]

Tarikh yang jarak ibu jari sahaja di atas ni merupakan hari di mana aq menghadiri satu ekspo kerjaya. Mula-mula dengar event ni aq pun terus-terang macam tak pernah dengar jugak hehe. Tapi setelah diringkaskan cerita dari member aq, barulah aq faham pasal event ni. 

Graduan Aspire 2013 - Google image


Sebenarnya, memang first time tahu pasal benda ni. Rupa-rupanya event ni dah diadakan selama 3 tahun weih since 2011. Aq pulak baru tahu benda ni dah lama bona wujud -.-. Thanks to member aq Farisha coz sudi mengajak nak pergi sana. Kalau tak, aq dah boleh dilabel sebagai 'katak bawah tempurung'. Ngee. . 

Kalau nak tahu event ni diadakan khas untuk graduan yang nak tahu kerjaya apa yang di-inginkan dalam company yang besar lagi famous bagi yang nak berkerja.  ( Nak hantar resume terus pun takpe). Macam-macam company yang join antaranya NESTLE, Honda, Media Prima, TuneTalk, PETRONAS dan banyak lagi. Tak silap company yang join this fair ni ada 68. Jangan main-main, ni semua company yang dah ada nama besar. Terasa aq macam tak layak je nak kerja kat tempat-tempat macam ni huhu. Bukan apa, diploma pun tak habis2 lagi. Takkan nak harapkan sijil SPM pulak kan. Tunggu je lah masa yang sesuai. 

Here the list. -Sumber Google image. 
Klik gambar kalau dah tak nampak sangat .


So, aq pergi event ni dengan memember aq under trip MPP UiTM Johor. Fully sponsor keyh kampus bagi. Nak pergi sana ada bas. Bukan tu je, elaun makan pun totap juga diberi. Alhamdulillah save bajet makan aq hehe. Then, kiteorang berlepas tak silap dalam pukul 8 lebih camtu. aq pulak dah siap tunggu pukul 7.30 pagi ! Jangan nganjing aq cakap aq semangat ke apa, aq tunggu member yg janji suruh aq kumpul sebelum 7.30 tu yang tak sampai2 lagi. -.-'



Sarapan dulu kat Daily Fresh R&R Ayer Keroh, Melaka. 
Tunggu waffle strawberry nak siap. 


Sebelah aq my Nany Kak Hanis dengan Im . 



Tak lupa juga Cikoon n Farisha . 




[ at KLCC ] :-


Rombongan dari Johor ni sampai dalam lingkungan 12 tengah hari. Dan benda pertama yang aq nak pergi sangat kat KLCC masa tu adalah TANDAS ! ye tandas. Pasal aq dah tak tahan nak menahan lagi bila keluar dari bas. mana taknya, sejak gerak dari Melaka sampai KL asyik duk terkepit je dalam bas. Korang bayangkan berapa jam tu kena tahan. Dengan air-cond bas yang sejuk lagi pehhh . Dan alhamdulillah, selamat dibuang di tempat yang sepatutunya hehe. Ni semua gara-gara tak pergi tandas lepas minum. Rasain lo. 

Masa yang diperuntukkan just 3 jam lebih je. Cik Wani pun dah siap warning kena kumpul balik pukul 3.45. Kiteorang pulak masuk ikut pintu Suria KLCC dulu. Aq pun dah lama tak jejak sini since rombongan sekolah masa form 1 dulu. Ohoh terlalu lama !. Nak cari tempat fair tu pun kena singgah banyak kali kat kaunter pertanyaan. Sampaikan jaga pun kiteorang tanya. Bukan sorang tapi lebih dari sorang. Ternyata, diorang membantu. Good job Malaysian people hee. Anddddd here we are . . .





Register nama dulu . Nanti dapat goodie beg yang merah2 tu yeayy. 



Dari bz nak fill the form tu sempat pulak bz nak berposing. Itulah kami =)





In the hall



Seriously . Memang padat dewan ni dengan orang ramai. Sampaikan yang tengah beratur nak daftar nama pun habis diredah je orang yang lalu-lalang ni.  


Sempat singgah di booth Nestle. Daftar nama and dapatlah goodie bag Nestle yg warna hijau tu. 
Oh ye, surprise2 . . .kalau anda daftar nama di setiap booth yang ada didalam dewan ni, anda tak akan pulang dengan tangan kosong. Tapi sayang, ni je yang aq sempat huhu. 



Cikoon acah2 bz jap belek2 pamphlet. Aq rasa dia tgh nebess sebab tunggu turn nak interview abang yang jaga booth Honda masa ni. 
.




. . . . . . . 



Ternyata, tak sempat nak singgah kat banyak booth masa tu. Sempat teman Kak Hanis daftar nama kat Bank Islam je then akak yakni si Farisha tu dah call suruh keluar dewan nak makan. Dan terasa berat pulak nak keluar bila depan mata baru ternampak booth Media Prima yang aq tercari-cari sangat tu. Namun apakan daya huhu. Aq nak keluar baru ternampak booth tu !! haihhh . .

Dengan masa yang terhad, kiteorang kena keluar jugak nak cari makan. Yang terlintas kat kepala otak masing-masing semuanya nak cari KFC. Lama jugak nak cari tempat tu sampai boleh tersesat bila kiteorang berjalan sampai ke arah nak ke KL Sentral. Dah sesat sangat dah tu. Patah balik masuk shopping complex. Tanya-tanya acik jaga barulah jumpa. Fuhh. . lenguh kaki. Suria KLCC ni tak boleh nak besar lagi ke ek . 


Cheezy Hotbox bebeh. Meh, makan2. 


Gaya Nany promo famous bowl dia. 


Menjilat jari. Bukan apa memang dah lapar. Teeheeee~


Boleh scroll bwah x ? Nak makan ni !!



Public holiday, shopping complex ni memang penuh. Nak order makan kat KFC ni pun kena beratur 15 minit. Aq yang mulanya suruh kirim makanan kat Kak hanis terbalik pulak jadi mangsa dia. Suruh dia order tetiba aq pulak yang kena order. Kata dia takut ter'slang' Ganu bila order. Nanti orang tu tak faham. Dan tidak semena-mena aq macam terpukau. Eh, cam seram lak haha. 



Habis makan kita cari bas pulak. Heyy there, me here in Suria KLCC. Posing dengan muka yang sombong sehabis mungkin.  :P





My outfits for these day .


Masa ni kiteorang serbu masuk balik Suria sebab tempat tunggu bas tu dah berubah. Nak tak nak kena pusing-pusing jugak sampai jumpa. 
.
.
.
.
.

.
.

Jumpa pun bas kami. Kami antara yang tiba awal dulu dari kengkawan yang lain. 


Kan dah cakap. Anda takkan pulang dengan tangan kosong. Ni semua freegift tau. 


Sementara nak tunggu yang lain sampai. Kami ambil kesempatan dulu karok puas2 dalam bas. Mabeles, bas pun ada karaoke. Jangan jeleous mehehe. 


Ni diaaa.. gaya exco MPP berkarok. Still maintain ayu bila nyanyi lagu Search.
Fantasia Bulan Madu ni tak silap. 


Dan aq pun tak terkecuali nak pegang mic hihi. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



The End. Thanks for reading this entry. 



P/s:- Oh ye, Puasa pun nak dekat dah . Di kesempatan ni Alin nak menyusun 10 jari tanda kemaafan jikalau ada perbuatan yang kurang disenangi oleh korang semua nak2 lagi family, kengkawan yang alin lakukan secara sedar mahupun tidak sedar. I know, raya lambat lagi tapi apa salahnyakan mohon awal2 hee.. Selamat Menunaikan ibadah puasa. Salam Ramadhan Al-Mubarak semua :D . 

Next entry citer pasal bazaar ramadhan lak. Follow ye. 
























Sunday 23 June 2013

Langkawi Cheq Mai (Part II)

Views
ASSALAMMUALAIKUM

On 3rd Day :- 

So, tak banyak sangat pun tempat kiteorang nak pergi masa tu. Nak2 lagi masa tu kiteorang keluar pun dah agak petang sangat. Nak jenguk banyak tempat pun terpaksa diterhadkan. Emosi masa ni pun semua kena pandai handle sebab impian nak naik CABLE CAR terpaksa dipendam. Uarghhh,, nak nanges tau kiteorang yang muda2 ni . Hajat tak kesampaian. Merana tau hati bila tau takde masa nak pergi situ.

Untuk hari ketiga ni, sempat la jugak kiteorang singgah kat Kota Mahsuri. Tapi tulah, Singgah kat luar je dalam tak tengok pun hihikk. Nak masuk pun kena pikir dua tiga kali tau pasal tengok harga pun mak aihhh, tak sanggup nak joli duit haha. Kalau setakat datang dua tiga orang camtu tak kisah lagi nak beli tiket masuk.. ini mau 2 family mana nak belanja makan lagi kan. Daripada tengok makam dengan perigi tu je kat dalam, baik baca sejarah beserta sekali dengan gambar kat luar kaunter tiket tu je. Kata ayah, LOL..



Tu dia . . dah tak de kerja lain agaknya. 'O wow, my daughter wants to beaten up the mommy. But sorry . .
Mom's always win. Gahaha'. Terabur dialog hasil brainmade sendiri ish . .ish . . Emm, masa ni kat luar tempat Mahsuri tu je. Ada banyak kedai kat situ and kiteorang pun jenguk2 je lah apa yang ada memandangkan dah tak ada nak buat apa2 kan. 


Geram betol dengan one pack ayah ni. Cam nak ketuk2 je bagi kempis sikit . Ni jahat ke nakal. Entah, aq pun tak tau haha.


Atas tu gambar waris Mahsuri generasi yang terkini. Orang Siam rupanya. Sawadeekapp ~


Koppunkappp ~ eh. 


Waktu masa melawat Kota Mahsuri tu memang terik sangat. Tak tipu segala badan habis basah dengan peluh. So. take a break, kita melantak ABC dengan Cendol. 


Lepas dah kenyang sejukkan badan, sambungla journey kiteorang. Masa nilah semua dah naik kepala sikit sebab berbeza pendapat nak pergi tempat yang seterusnya. Macam drama tau dalam van tu. Hajatnya nak naik cable car tapi pilot dengan co-pilot tak tahu pulak dah tempatnya. Merajuk tau kiteorang nak-nak lagi aq dengan Kak Sha. Makan hati je lah kiteorang berdua pasal benda tu lah kiteorang harap2 kan bila dah ada kat Langkawi ni. 

Hmm, agak bosan jugak hari tu pasal most of the time kiteorang spend banyak masa dalam van je jalan2 keliling Langkawi. Yang tu je lah yang dapat. At least, boleh lah jugak dah tahu mana tempat2 top kat situ, senang bila dapat pergi situ lagi kiteorang dah tahu jalan dia macam mana. Hurm, think positive sentiasa buat orang jadi tenang.Cecehhh. .

For the result, singgah lah kiteorang kat Pantai Chenang. LAGI !. Cuma feeling je lain sebab aq sedih sangat tak dapat nak naik cable car tu. Nak tengok laut pun tak ada hati. Hrrr. . sabar-sabar fuhh ~


Tangkap gambar dari luar pun jadilah. Nak masuk konfem tak boleh pasal timing dah out haha. Lain kali jelah gamaknyerr. Dekat Pantai Chenang tu je. . masa ni singgah nak beli cekelat. 


Tempat ni kat belakang Underwater World tu je. Nak senja pun ramai orang lagi. 





Seriously, ombak kat pantai ni semua besar2. Sempat lagi tengok orang yang belajar surfing board tu kat situ. 


Tengok matahari terbenam sekurang-kurangnya sejuklah hati sikit daripada fikirkan Cable Car tu. Eh sempat lagi pikir benda alah tu haha. 


Dah puas kat Pantai Chenang, kiteorang pun jenjalan jelah kat area Padang Matsirat tu. Tak ada papepun just tempat2 nak singgah makan je. Kali ni pantai lagi tapi dah lupa apa dah nama pantai tu. Yang tahu pantai ni dekat sangat dengan airport. And yes, dapat tengok aeroplane atas kepala je. Woohooo . . 

Tapi yang tak tahannya pulak view pantai tu tunjuk pulak Gunung Mat Cincang dimana gunung tulah terletaknya cable car. Bayangkan perasaan masa tu, baru nak lupakan hati yang lara ni pasal cable car boleh pulak gunung tu ada kat situ. Nak tak nak terima je hakikat yang aq tak dapat naik cable car tu. Kuang. . kuang . .kuang . . 

Tak dapat nak naik cable car tu tangkap gambar berlatarkan gunung tu pun jadilah. Dengan harapan oneday aq dapat jugak naik cable car kat gunung tu . Dah boleh buat wishlist nih haha.. 



Belakang tulah Gunung Mat Cincang yang ada cable car tu. Buat muka sodih sikit. 'Haihh Cable car .. Kau tahu betapa teringinnya aq nak naik kau'. 




Muka Kak Sha (my cousin) pun sodih tau. Hehe






Motif pun aq tak tahu kenapa aq kena posing sebegitu rupa. 






Sebelum balik melantak rojak pulak. 


4th day (The Last Day) :-

Hmmm . . emmm . . nak balik dah . Alaaaaaaa ... camnilakan bila dah sampai penghujung . Nak2 bila tahu yang holiday takat sampai sini je. Sob sob . Oraite, holiday dah habis dah and yes terima hakikatnya itu. Pagi2 lagi semua dah siap packing barang masing2 masuk dalam van katanya nak tolak awal. Gila awal sangat ! 

Sampai je kat Jetty Point tu, tak teragak-agak kiteorang nak bagitau kat parents yang kiteorang nak pergi tengok patung helang yang besar tu yang agak berdekatan jugak dengan Jetty kat situ. Memandangkan nak kena beli tiket lagi, aq ajak lah kejap adik2 cousin2 aq jenguk Che Lang. Sesuka hati je bagi nama haha. 


Ooyeah,, dapat pun bergambor dengan Che Lang. 




Angah & Me.



Alang. 



Tanpa segan-silunya Si adik menyergah mintak gambonya diambil. Chaitt. Teanjat along ko nih. Datang camtu je. senyum pulak tu .


Gamat sekejap jeti bila 3 orang ni nak racing. 



The Nazari's Sibling.


Me & kak Sha . kengkononnya nak bikin gambar kontroversi . Bhahaha
Politics is politic la kan . 


Ada je lah keje 3 orang hero nih. Tak reti diam. 







Kata orang muka i ni memang iras dengan ibu. Cuma sekarang ibunya dah agak berisi sikit hehe. Anaknya pun teringin jugak ni nak tembam. eh. 


With our Ibu. 

Walaupun tak banyak sangat tempat yang kiteorang pergi kat Langkawi ni, sekurang-kurangnya dah boleh kenal jalan yang dah lalu. So senang sikit bila nak datang lagi. Yang pasti, Cable Car aq nak naik jugak kalau ada kesempatan nak pergi Langkawi lagi. Haaa impian tu ,impian !. In sha Allah. Langkawi, cheq akan mai lagi. Tunggu cheq naa.. 



END.

Thanks sudi baca entri ni ^_^