FB,TWT,Skype,Yahoo.





Monday 18 February 2013

ME ON NEWS ( MAHA 2012)

Views
ASSALAMMUALAIKUM


Pernah dengar pasal MAHA 2012 tak ? Ok, kita belajar balik pasal sejarah yee. ..






Kalau nak tahu MAHA 2012 ni merupakan satu pameran ANTARABANGSA yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif Pertanian,Industri Asas Tani, Hortikultur dan Industri Pelancongan Tani. Kiranya, kalau nak tengok buah-buahan yang saiz lagi besar, ikan, lembu yang demok2 inilah tempatnya. Dengan adanya ekspo ini bolehlah peladang, penternak, dan nelayan kita ni tunjukkan hasil titik peluh diorang yang diorang usahakan sendiri. Hasil diorang tu bukan sebarangan keyh. Ekspo tu sasarkan 3 juta pengunjung untuk datang pada tahun tersebut. Bukan sikit tau. Aq dah rasa sendiri jenjalan dalam ramai2 tu. Sesak ! O ye, ekspo ni diadakan dekat MAEPS Serdang, Selangor. Besar betul tempat dia.. sehari pun takkan cukup korang nak round2 tempat tu. Memang kaki boleh tercabut wa cakap haha. Letih. 

Peta MAEPS kalau nak pergi mana2 section. Larat tak kalau korang nak jalan kat semua  tempat ni.*sumber Google*

*klik gambar untuk paparan yang jelas.


TAPI

aq bukanlah nak cerita pasal MAHA ni semua sangat. Aq nak cerita pasal ni. 

Klik gambar ni bagi nampak jelas sikit DAN tolong focus
betul2 kat gadis yang tengah susun jagung tu.

Nampak tak ? Kenal tak sape tu? hihi.. Woaaa ME ON NEWSsss..tak sangka muka aq keluar kat akhbar diorang. Sape tak bangga weih hoho. Tak percaya lagi? Takpe2 aq ada bukti haha. Korang klik link kat bawah tu lepas tu cari muka budak comei ni yang jual jagung hehe. 


Foto BERNAMA.


*Terima kasih sangat kat wartawan2 ni kerana sudi pampangkan muka saya kat site diorang*
hihi, aq dah macam menggediks pulak. Apa ! ingat ko tu artis. Jangan mimpi. (suara ala2 Ibu Mertuaku)



Kisahnya, aq pernah jadi crew untuk team yang jual jagung. Bukan sikit ye aq kena jual tapi SEJUTA tongkol jagung weih nak habis dijualkan dalam masa 10 hari tu. Korang mampu? Memang buat lelongan kaw2 lah masa tu. Sape tak nakkan orang jual 20 tongkol 10 hengget. Tak menang tangan aq layan pelanggan yang tak putus2 datang kat booth jagung tu. Sriyes PENAT MELAMPAU SANGAT. 



Pengalaman menjual sejuta jagung ni memang memenatkan sebenarnya haha. Nak bangun tidur pun liat bila tahu kena jual lagi. Nak habiskan dalam 10 hari tu bukannya senang. Nak layan pengunjung yang datang berpusu-pusu non-stop pun kita dah letih dah. Tapi experience ni memang aq takkan lupa sebab benda ni lah ajar aq macam mana nak jadi seorang usahawan. Aq belajar macam mana nak menghadap orang ramai. Sampaikan aq yang pendiam ni dah boleh cakap2 banyak dan beraninya dekat pelanggan. Crew2 lain yang jual jagung memang sporting habis. Kebanyakkan crew semua dari utara. Crew dari Kelantan pun ramai jugak. Aq je yang sesat orang Nogori kat situ haha. Best sangat dapat bekerjasama dengan diorang tapi sayang last day aq tak dapat nak jual jagung dengan diorang semua sebab aq dah masuk kampus sambungkan sem 3 diploma aq tu. Papepun korang tetap team yang best


'NEVER FORGET THIS EXPERIENCE. IT THOUGHT ME A LOT OF THINGS FROM 
BELIEVE IN  YOURSELF TO FRIENDSHIPS'







No comments:

Post a Comment