FB,TWT,Skype,Yahoo.





Thursday 7 February 2013

OPIM Karisma UiTM & Mak Angkat.

Views
ASSALAMMUALAIKUM 

Orait, yang ni nak citer pasal mak angkat lak. Wahh dapat mak baru pulak apa jadi. Berani pulak ko cari mak baru ea lin haha.. ( ibu, tolong jangan terasa mehehe) . Okeh2, ini ada kene mengena dengan program yang aq join dalam satu kelab nih, Kelab Karisma UiTM Johor. Yup, in my campus. Kelab ni pulak adalah sediakan satu aktiviti ni iaitu 'Operasi Khidmat Pendidikan Dan Masyarakat' atau lebih dikenali sebagai OPIM. So nak di spesifik kan lagi kelab ni buat program 'Anak Angkat'. Macam best x bunyi dia ? hihi. Yelah aq pulak nak la jugak cari pengalaman macam mana nak bersemuka dengan orang-orang luar. Sekurang-kurangnya adalah sikit nak berkhidmat untuk masyarakat kan. kan3... Dan aq nak tau jugak mcm mana orang lain nak jaga aq pulak ehehe. 

So aq bagi nama kat classmate aq suruh dia daftarkan sebab dia kenal exco kelab nih and... classmate aq ni lah yg mengajak aq sebenarnya join program nih dan dia jugaklah yang beriya, berpulun-pulun ngajak aq masuk. (padahal aq yang bersukarela -.-) . So, pegi taklimat , dengar tu dengar ni, kene buat ape, bayar duit berapa, blablabla .. so boring that time. Dan untuk makluman, aq join program ni untuk 3 hari. Dan aq dapat tahu program ni buat dekat dalam Segamat je ! Bapak dekat sangat ! cihh. Expectation aq memang tinggi sangat. Haa hamik ko, padan muka -.-' .

.
.
.

DAY 1
Alright, pada hari kejadian pulak yang bertarikh 11 Januari 2013, hari untuk aq dan yang lain2 bertolak. Kiteorang yang terlibat semua berkumpul beramai-ramai dekat Admin. Ingat aq sorang je yang sampai lambat, ghupanya ada yang lagi lambat dari aq. HUh xbole jadi. Lepas tu , exco kelab mula memanggil suruh berkumpul nak amik nama. Bayangkan nak panggil nama sorang-sorang dalam ramai2 tu. Ni konfem nama aq kat hujung2 ni. Jenuh tunggu tau x.


                                                                          
Ni baru sikit yang menunggu, belum tang yang ramai lagi..
lagi mampat woo. Masing2 muka ketat al-maklumlah
cuaca panas. 


Tengah tunggu2 tu menyempat jap dengan
 classmate, Raihana.


Okeyhh, with my Yatt0yaa pulak. 
Apa yang aq tahu, untuk program ni, peserta yang terlibat semua ada 98 orang kesemuanya termasuk aq. Dan apa yang mengejutkan aq rombangan nak pegi sana nih siap disediakan 4 buah bas. Empat weih empat ! Ko bayangkan , meriah x kiteorang haha. Naik 1 bas pun x penuh. Then kiteorang gerak dalam pukul 4 petang lebih camtu. Dekat je pun tempat dia, nak tidur sekejap pun x sempat. Kelip2 mata je dah sampai ... maklumlah dalam Segamat je pun ..


Felda Palong Timur 1, Segamat. Kami 
sampai. 

Macam aq cakap tadi, tempat dia xde lah jauh mana pun. Tapi sempat jugak lah lalu Gemas. Dari Uitm tu sampai lah ke Felda tu aq sempat kira berapa lama boleh sampai. Kira punya kira 40 minit aja. Felda yang aq sampai ni dalam sempadan Negeri Sembilan dan Johor. Lalu Batu Anam je pun .... Rumah sedare aq pun x jauh pun dari Felda Palong tu. Senang nak kenal jalan ni kang. Ok, sampai je , kiterorang dah disambut dengan orang2 Felda kat situ. Yang menyambut tu lah yang bakal jadi Mak Ayah angkat kiteorang semua nanti. Cuma xtahu sape je yang akan kiteorang dapat waktu tu.

Bersalam-salaman dahulu, baru silaturrahim terjalinkan. =)    

Sampai2 je, bakal mak ayah angkat kiteorang nih dah suruh kiteorang masuk dewan, siap pelawa sekali suruh makan makanan yang diorang hidangkan untuk kiteorang yang memang tengah kelaparan nih. Masa tu diorang sediakan apam cup ,kuih badak dengan karipap sekali dengan teh o panas. Suka-suki lah kiteorang makan. Yelaa tengah lapar kot time tu. Sambil2 makan tu, taklimat pun mula start. Potpetpotpetpotpet sampai lah masanya nak serahkan kiteorang yang budak hingusan nih kat mak bapak angkat kiteorang. Sriyes weih aq agak neves masa tuh. Yelah pikirkan lagi kalau aq terpisah dengan classmate aq macam mana. Dah lah aq kenal yang 2 orang tu je. Dan tetibe nama aq disebut ntah bebile ntah.Pandang Yatt dengan Rai pun dah muncung2 bibir kiteorang. Terima hakikat kiteorang dapat mak lain2. It's not OK masa tuh.

Orait, aq bangun dengan muka agak kebeleran. Pegi depan ,dalam otak, aq dapat mak ke ? Yes, i am. Dapat mak dengan 2 orang lagi membe baru. So mak aq ada 3 orang anak perempuan yang dia angkat. Happy tu happy. Sedihnya xdapat sama dengan member lah. Dah serah2 anak angkat semuanya, mak kiteorang nih pun bawa lah kiteorang balik kat rumah dia. Horaitt, siap sedia mau tengok rumah dia. Batu ke kayu haha. Sampai2 je, woahhh .. boleh tahan nih . Mak bagi kiteorang bilik tapi cuma ada 2 katil je sebab die expect dia dapat 2 orang je tapi x sangka lak dapat lebih sorang. Yelaa,, program kiteoang ni pesertanya agak terlampau ramai jugak berbanding yang lalu. Sampaikan yang paling ramai pun ada yang ambik sampai 5 orang anak. Pehh seronok la ramai2.

Cantik x rumah mak kiteorang. *angkat2 kening*
Ni bilik kami. Katil aq yang belah kanan tuh. 
Untuk hari pertama ni, aktiviti kiteorang cuma duduk kat rumah je. Bagus, aq memang suka terperap kat rumah pun. Boleh la kenal2 dengan mak lebih dekat lagi kan. Masa kiteorang lebih banyak dihabiskan dengan berborak-borak dekat dapur. Kira port kiteorang lah kat situ. Malam pertama tu mak bagi kiteorang makan puas2. Memang seronok la aq kalau bab makan. Harap badan je kecik, selera besar bukan main. Walaupun janggal2 lagi waktu tu, tapi boleh bawak topik lagi la. Slank jawa mak aq ni pun bunyinya pekat2 sikit. So nak faham tu memang kene pandai2 wa cakap. Tapi alhamdulillah, aq bolehlah faham hihi. Mak aq ni tinggal berdua je dengan 2 orang lagi cucu perempuan dia. Sorang dah sekolah dalam Form 1 dan sorang lagi tu pulak baru masuk Darjah 1. Bayangkan semua dalam rumah tu perempuan. Hello, house of ladies okeyh. No men are allowed. Hamik ko haha.
Seronoknya kiteorang bebas, xde pantang apa semua, jalan2 dalam rumah without tudung, guling2 depan ruang tamu. Woohh,, heaven wa cakap.

Malam kiteorang mostly spent time dekat ruang tamu tu je tengok tv. Layan citer slot Mega Movie Friday 'Godzilla' kat TV3 . Sambil2 tengok, mak bagi kiteorang makan rojak epal. Hihi sedaappp..
Sambil2 tu aq amik kesempatan la jugak kenal2 dengan 2 orang member merangkap adik-beradik angkat aq. 2 orang ni berkawan, sama kos (QS), sama part tapi kiteorang sebayaaa..Daebak ! ^^
.
.
.
.
DAy 2

Kiteorang bangun agak terlewat jugak masa tuh walaupun alarm dah bebunyik banyak kali. Itulah akibat tidur lambat malam tu, layan sangat Godzilla tu sampai larut malam. "OOiii anak dara bangun, dah lambat dah nih'.Sergah mak masuk bilik kiteorang. Hehe..malu tahu pula nak muncul masa tu. Sriyes weiihh liat kot nak bangun tiga2 orang nih. Buat de je, capai towel pegi mandi. Makan pun kene cepat2 sebab aktiviti kiteorang untuk hari ke-2 ni start pkul 8. Pukul 8 tu pulak aq baru siap. X pee.. wat rilek je. Sarapan masa tu mak sediakan mee goreng. Huh terliur aq, nak2 masa tu pun perut tengah berkeroncong. Tapi kene makan laju2 jugak, sebab dah dengar mak start motor. Mau aq tercekik masa tu. -.-'
Mak hantar kiteorang sorang2 dulu dengan motor dia. Patut nak tumpang kereta tapi dah kiteorang bangun lambat. Orang yang nak tumpangkan kitaorang tu terpaksa keluar dulu. Tapi xpe, aq pun dah lama xnaik motor nih. Hihi.. Sampai2 je , xramai pun lagi yang datang. -.-'
Ada yang datang naik motor bawak sendiri dan yang paling gempak yang datang bawak kereta tu yang paling x tahan aq tengok. Mak Ayah kaya nih diorang dapat haha. Apa lagi menganjing la kiteorang, tersipu malu diorang haha. 

Ni dia anak-anak Pn. Rohayah.
( Me , Miza, & Fatin )

Akhirnya jumpa pun classmate setelah
semalaman terpisah. 
Tapi waktu ni keadaan agak kelam-kabut sikit. Muka exco2 kelab pun naik terserlah kecuaakan diorang pasal pengurus Felda pulak xde time tuh. So terpaksalah arranged balik aktiviti kiteorang. Tapi amik masa sikit bagi exco2 ni merancang yang kami pulak buat la hal sendiri. Nak diceritakan agak membosankan masa tu pasal plan x menjadi. berjam jugakla nak menunggu kata putus exco. Tengah2 bosan tu aq apa lagi ..keluar heenset amik gambar. Memang keje aq yang nih hoho. Hasilnyaaaa ..
.
.
Masing2 buat hal sendiri ye ..
Dengan member part 4.  Amanina & Hanis
Punya lama kami tunggu, akhirnya exco panggil kiteorang beratur beramai-ramai. Diorang mintak kiteorang buat 3 group. Dan aq dapat group no.3 . And no what terpisah lagi dengan member2 yang aq kenal. Gile arh, group yang aq dapat ni rata-ratanya semua aq xkenal wo. Duntam2 jantung suruh tenang. Tapi alhamdulillah jumpa lah jugak sorang yang aq kenal walaupun baru je kenal semalam haha.
Dia ni kawan yatt. Lega aq dia kenal aq ^^. 
Ni dia member grup 3. Farahin .
*sila abai yang dibelakang tu*

Lepas tu, exco suruhla kiteorang gerak beramai-ramai pegi jalan2. Ceh, baik xpayah ikut grup je td kalau tahu semua grup kena gerak sama2. Memandangkan aktiviti agak terencat sikit, kitaorang just tanam pokok je. Tu jelah kerja yang ada yang mampu exco rancangkan untuk kitaorang nih. Seriously dalam hati aq memamg cakap yang aq buat sekarang ni memang boring. Boring sangat. Tapi nasib baik aq faham tugas2 orang yg plan nih klau orang kuat kampung tu x ada. Mau sejam lebih jugak kiteorang tanam pokok. Cehh macam la aq buat kan, padahal dalam sejam lebih tu aq tengokkk je orang tanam pokok, yang aq bukannya buat pun. Hehehe ooppss.

Lepas je habis menanam tu, kitaorang pun balik la kat dewan semula. Aktiviti yang ni pulak lebih kurang macam ice-breaking la jugak. Mula2 pecah kumpulan ikut huruf pertama masing2. So aq masuk dalam kumpulan yang namanya start dari huruf A. Haha padahal first name aq huruf N, pahal lak masuk A nihh. Konon xnak pisah lagi la dengan memember. Lantak la bukannya orang lain tahu pun kan. Yang pastinya orang tahu nama aq Alin. Haaa kan ada huruf A tuh. Aktiviti dalam kumpulan ni diorang suruh kitaorang reka moto grup kitaorang sendiri. Memang melalut lah kan masa kitaorang bagi idea yang semampu mungkin. Sumpah simple je. Yang aq ingat pon yang belakang je, toqqqq... haha.


Grup lain mempersembahkan hasil idea diorang.

Ok lah, kita anjak cerita petangnya pulak. Petang hari tu pulak kitaorang memang dah disuruh pergi ke masjid buat gotong-royong. Aq macam biasalah datang x ikut punctual time hehe. Datang lambat2 pun orang still xramai jugak. Call Yatt dengan Rai memang aq jeles dgar apa diorang cakap masa tu. Diorang xjadi datang woii, Mak diorang suruh duduk rumah. Wah, seronoknya diorang dapat tidur sedangkan aq? Hee xelok ngeluh2. So, cari la kerja sendiri nak buat apa kat masjid tu, nak masak aq pulak xreti nak pegang pisau, alahaii haha. Apa lagi xda kerja kita merayau-rayau je lah dalam masjid.


Kononya nak cari kerja padahal tengah pikir macam 
mana nak  lari dari kerja haha, jahat x kiteorang. 

Tapi niat nak duduk kat rumah je tinggal harapan sebab akak exco spot kiteorang xada kerja. Aduii melepas la nak tengok citer hindustan kat rumah mak. Kebetulan '3 Idiots' tengah tayang kat tv. Huhu spoil. Akak exco tu suruh kiteorang semua pergi dewan balik tolong exco2 yang lain prepared kan barang2 untuk sukaneka petang tu nanti kang. Kiteorang nipun ikut jelah perintah. Sampai dewan je kiteorang disuruh isikan air dalam belon . Mau 10 pek aq belon nak kena kiteorang isi. Penat tau.


Ni baru sikit je, ada banyak lagi nih.

Testing Giant Skipping dulu. Muka semua dah ready nih.

Haduhh, tersangkut pulak. 


Ok, now, Sukaneka pulak. Ramai yang terlibat. Mak bapak masing2 semua datang nak tengok anak2 diorang nih main. Sebelum start kiteorang kena letak nama dulu nak main game ape. Aq main 2 game, xsilap giant skipping dengan tangkap belon. Know what dua2 game tu aq dapat top haha.

Ni dia padang kiteorang, belakang dewan je pun..

Giant skipping menanti. Yang ni aq join. Jangan main2, no.2 tau 

Yattoya, Rai & d'gang. Anak sape lah ni. 

Ihihi ^^V. Gi scroll bawah la. 

Membe2 QS .

Game yang last.

Aq xsure ni game ape. Yang pasti sape sampai
penamat dia menang tanpa sorang pun yang jatuh.

Menjerit-jerit tengok diorang. Bukannya jerit teruja tapi
jerit takut orang yang main tu jatuh. 

Sengit. Last2 grup laki ni yang menang. 

Sukaneka dah habis, malam tu pulak kiteorang berkumpul dekat masjid untuk solat berjemaah bersama.
Selesai je solat kiteorang dijemput makan makanan yang dibuat masa gotong-royong kat masjid petang tadi. Apa yang lain sikit, kiteorang makan nasi dengan lauk dalam 1 dulang. Woahh, first time aq buat nih. Memang seronok dapat makan sama2, nak2 lagi kongsi lauk sama2. memang teruja la aq.


Tengok dalam dulang tu ye.
Sebelum jamah kita berposing dulu hihi.
Aq pun nak enteprem jugak..
Lepas makan, apa lagi.. bergambar laa. Yang ni tersnap
hehe cantek pulak tengok.

Tetiba termasuk kat family lain pulak.. Sorry yatt aq
amik tempat ko haha.

Eh, lagiii.

Ni dia family aq yang betul hihi. 

Happening x kami. hehe Ko ade ?

Masa dengar taklimat untuk esok. Ni dia Atikah
kuasa 2 hee. Nama sama je.

.
.
.
.

Last Day ( DAy 3 )

Hari terakhir dahhh. Cepat je masa berlalu kan. Aq pun mula lah rasa xnak balik kampus lagi. duduk sini xpuas lagi nih dah kena balik dah hmm. Mak dah siap pesan awal2 selalu2 call dia. Tapi paginya tu memang kitaorang lepak kat rumah je. Habiskan masa dengan mak dulu sebelum balik petang tu nanti. Dah siap2 diri pagi tu kiteorang ronda2 belakang rumah dia. Ternampak la pulak pokok rambutan ni kat belakang rumah dia. Aihh banyak buah pulak tu. Last2 mak suruh kiteorang amik buah tu bawak balik kampus. Hehe laju je pergi kat pokok rambutan tu. Memang banyak jugak lah kiteorang ambil. Sampai licin pokok tu xde buah dah haha. Tapi apa yang aq pelik, buahnya semuanya bulu pendek. Klako lak tengok. Aq panggil buah tu Rambutan bulu kontot hehe.


Nampak x buahnya. Merah tau.
Kontotkan bulu dia. Almaklumlah dah lepas musim.

Dah siap bungkus. Ni nak bawak balik kampus.

Orait, saat2 perpisahan dah sampai. Petang tu kiteorang dah sampai ke dewan dengan barang2 kiteorang. Mak Bapak yang lain pun semuanya datang. Muka sedih ada, monyok ada, muncung ada, bak kata muka semua muka ketat hee. Yela sape suka nak pisah dengan anak2 kan. Dah la cantik, handsome sampaikan ada yang nak buat menantu tau x haha,melampau. Dalam dewan mula sesi penyerahan semula anak2 angkat. Yelah, dah pinjam sekejap kena la pulangkan balik kan. Suasana masa tu memang ada yang menangis xtahan sebak. Tapi ada jugak yang buat lawak kononnya nak hilangkan sedih la katakan.. Hadiah sukaneka pun xdilupakan bila semua game yang aq masuk semuanya dapat hamper hehe.

Apa papepun, dapat kenal mak pun dah cukup. Aq dapat kenal dia pun untuk 2 hari je. Banyak jugakla kenangan bila aq join program ni. Yang penting aq belajar nak dekat dengan masyarakat nak2 lagi bila dah jadi anak angkat. Walaupun aktiviti yang dah plan banyak yang xjadi sebelum tu, aq belajar dari exco2 sendiri supaya pandai2 cari ilham. Sebab nak handle program yang xde orang kuat nih bukan senang aq cakap. Nipun aq citer pasal sorang akak exco nih luahkan perasaan dia sebab ramai yang bosan dengan aktiviti yang disediakan. Kesian dia tau. Tapi yang last sebelum tu memang best sebab dapat kumpul ramai2. Masing2 salam dengan parents sebelum berangkat. Setiap anak angkat semuanya dapat cenderahati dari parents masing2. Aq pun dapat jugak dari mak aq hihi. Seronok bukan main.

Tengkiu Karisma buat program ni. ^_^

.
.
.
.
.
.
Tertanya-tanyakan mak aq siapa. Haa cari, cari cepat. haha
Family photo with Mak. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sampai hostel je terus selongkar hadiah yang mak bagi hihi.
Terima kasih ye mak.Insyaallaah ada jodoh kita jumpa lagi.


                                                                                 

1 comment: