FB,TWT,Skype,Yahoo.





Saturday 16 February 2013

My Beautiful Malaysia

Views
ASSALAMMUALAIKUM ^^





Cerita ni dah lama dah cuma aq baru nak cerita je nih.. haihh. Baca je lah ek. Tarikh kejadian tak silap aq berlaku pada 3 Februari camtu,err lama dah.. takpe2, meh saya jemput anda semua naik kapsul oreo masa saya, kita back to the past kononnya keyh. Ready semua.. vezuuuuuummmmmmm~

Oraite, dah sampai hehe. Hm MY BEAUTIFUL MALAYSIA.
Aq masuk contest ke ? First2 dengar macam bunyi nak masuk peraduan buat video je kan hehe.  Kalau nak tahu ini salah satu aktiviti yang aq kena  join sebagai  SUKARELAWANMAHASISWA. Bukan aq sorang je tau, ini semua 1 Malaysia pun terbabit dan melibatkan seluruh belia kat Malaysia nih.  Semuanya Dato’Najib punya fasal haha, politik.

Aq sebenarnya pun tak tahu yang benda macam ni wujud. Setahu aq, kerja aq asyik melepak terperap dalam bilik hostel aq tu je. Online pun banyak bukak Facebook dengan Twitter je ouppss, tapi tak de la pulak citer pasal My Beautiful Malaysia nih, tak de pulak jadi trending kat mana2 laman social tup2 nama aq ada pulak join benda nihh haihh.

Dan seActuallynya, aq memang x tahu pape sampailah roommate aq cakap nama aq dalam list pergi ke Kluang Johor. Dan aq seakan-akan WHAT ?! dengan muka kebeleran lagi. Tanya orang tu Tanya orang ni baru la aq dapat tau yang benda ni dah dibuat taklimat dah pun masa kelas kor lagi dekat dewan cuma aq TAK PERGI je masa tu lalalala haha.  Rata2 yang terlibat nak pergi ni kebanyakkannya budak2 kokurikulum kat kampus aq. Nak tak nak kena la pergi jugak sebab tak silap aq diorang cakap benda ni wajib hm ?? Tak kesah la kan janji elaun makan diorang bagi hohoho.

So, untuk kampus aq yang segar amat nih dapat 3 tempat yang kene pergi. Muar, Kluang, dan Segamat. Nama aq dalam list pergi ke Kluang, wihihi. Dan apa yang buat aq xtahan sikit, kiteorang semua kena berkumpul awal jam 2.30 pagi. PAGI weihh ! Mata sape lah kan yang boleh bukak time tuh haha. Mujur lah aq dah plan idea sikit tak nak kasi mata aq ni lelap. Plan aq, aq tengok drama Setia Hujung Nyawa dulu sampai pagi ihihi. (Pehh layan drama melayu rupanya aq ihihi) Elloo.. drama tu tengah popular masa tu aq pulak baru tengok sampai episode 19 tak silap. Nak habiskan episod 24 masa tu baik aq tengok dulukan sebelum nak pergi. Sanggup tak tidur ni weii semata-mata nak berkumpul 2.30 pagi tu.
.
.
.
.
.
.
.
.


Suasana jam 2.30 pagi. Ramai rupanya yang pergi.

Loceng kecemasan pun turut dibunyikan ek. Gempakkk

Tempat berkumpul masa tu memang dah ditetapkan. So, sape2 yang dapat pergi ke Kluang tu kene berkumpul dekat padang kawad. Bayangkan betapa jauhnya tempat tu dari kolej aq. Hamekk, pakej sekali buat senaman ringan pepagi buta macam tu. Trip kiteorang ni special sikit dan dan dan, agak jadi satu sejarah bagi hidup aq sebab ramai2 konvoi naik 20 bas. Wa cakap lagi sekali, 20 bas beb. Melampau kan haha. Tapi memang seronok, seronok sangat2. Aq share bas ngan ahli2 sport wellness. Tapi tak bertegur pun.. masing2 tidur, penat punya pasal. Mana tak nyerr.. kumpul 2.30 pagi bertolak pulak dah jam 4 lebihh..bayangkan kiteorang kena berkumpul berapa jam. Lama kan.

Tempat berkumpul kiteorang yang nak ke Kluang.

Sampai je Kluang, kiteorang disambut oleh hujan. Bukan renyai2 ye.. ni lebat sungguh punya hujan. Wah, Macam mana mau bergotong-royong nih kalau cuaca dah cengginih. Tapi mujur la hujan berhenti sekejap2, tapi sekejap je la..lepas tu lebat balik. Dekat situ memang padat sangat dengan orang nak2 lagi kiteorang yang UiTM nih bergabung dengan NGO yang lain yang datang masa tu. Memang ramai la kan..

Aktiviti aq kat situ memang tak ada buat papepun and please jangan cop aq sebagai curi tulang ye. Keadaan cuaca masa tu memang tak mengizinkan kitaorang nak kutip sampah keliling bandar tu. Aq cuma pegang 2 beg plastik je tapi isi haiyooo tarak pun hehe. Orang lain elok2 je penuh dengan sampah tapi aq hee tak payah cerita la kan. Kalau hujan lebat macam tu memang badan jadi malas. Ececeh, tu semua alasan.

Hujan lebat tak berhenti kat Kluang. Lecak & lencun.

Tapi dalam2 tak bestnya tu, hati,otak dan segala sistem saraf badan aq tetibe bersemangat pulak bila dapat benda nih. Taraaaaaaaaa !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Baucar makanan KFC *angkat2 kening*


Burger, ayam seketul n air tin. Alhamdulillah save elaun aq
yang x guna2 tu haha.




No comments:

Post a Comment