FB,TWT,Skype,Yahoo.





Sunday, 16 June 2013

LANGKAWI Cheq Mai ( Part I )

Views

Assalammualaikum

Cerita yang dah agak lama untuk diceritakan tapi aq tetap nak cerita jugak! Lantaklah kan mehehe. So, cuti sem masa tu pun tak silap tinggal lagi 2 minggu je kebetulan pulak kerja aq sebagai cikgu sementara kat  tadika pun secara officially-nya Done pasal cuti penggal pertengahan untuk budak2 sekolah dah mula nak start masa tu. Then amik kesempatan ni nak pergi holiday satu family. alahai seronoknya, syoknyaaa , happy gila kata kau haha. Holiday kali ni macam biasa, Pak n Mak Tam yang uruskan. Kiranya, holiday kali ni ada 2 family yang join. Pak Tam punya family ngan ayah aq punya family. Memang tiap2 tahun kiteoranglah yang berholiday sama2. Mana ada Pak Tam situ ada ayah. mana ada ayah situ ada Pak Tam. Adik-beradik ni  (Pak Tam n Ayah ) memang tak boleh berenggang langsung. Macam comei pun ada jugak kan hahaha. Erk,, Ok back to the topic. 

Ikon Pulau Langkawi. Burung Helang. 

Holiday kali ni cousin aq sendiri yang suggestkan (kononnya nak sangat naik 'Cable Car kat situ ) dan holiday kali ni jugaklah kiteorang berholiday kat 'Pulau' for the 2nd time. Cuma kali ni kat Pulau Langkawi. Yang dulu tu kat Pulau Pangkor. And Yeahhh., that was my 1st time dapat jejakkan kaki kat Langkawiiii weehee. Dah macam impian menjadi kenyataan la pulak. Erhh, ke'skema'an ayat teserlah disitu.

Our journey begun here :-

Lepas terlentok-lentok dalam kereta nak dekat2  7jam perjalanan tu (gerak dalam 1 pagi dari rumah ), sampailah kiteorang kat Kedah. Around pukul 9 pagi camtulah kiteorang sampai. Then, amik feri dari Terminal Kuala Kedah dulu sebelum sampai kat Langkawi.  Tapi bukan senang ye nak pergi sana. Mula2 ingat dah sampai pagi2 camni senang la kerja, rupanya x. Masuk je dalam terminal tu..ha amik kau kena beratur panjang dulu nak beli tiket. Sumpah sesak sangat waktu tu dengan ramai orang lagi. Nak2 lagi masa tu dah start cuti sekolah, memeh la sangat kan orang bawak anak pergi holiday. Berangannya nak dapat tiket awal tapi terpaksa terima tiket 2.30 petang. Bayangkan berapa jam kiteorang kena tunggu. Bayangkan please !! Dalam hati dah cakap sendiri dah ' sia-sia je datang awal ' erhh. Nak tak nak melangut lah kiteorang kat terminal tu sampai feri datang jemput.


Aqil, Ayin n Kandar dengan props mereka yang kononya mereka tolong
angkutkan. Dengan muka tak bersalahnya korang posing muka comel lak ye.



Menunggu memang menyeksakan. kan ?



Kak Sha tolong tuliskan setiap nama kat semua tiket masa ni. Ni jelah kerja
kalau dah naik bosan. Tukang tengok semestinya aq mehehe. 


Sembab face. Muka letih campur muka bosan dan
ditambahkan lagi dengan muka baru bangun tidur. Teehee..



The price totally make me freaking out. Chaitt, kalah tiket bas.
Xpe, holiday punya pasal.  Redah je.


Alang2 tengah tunggu feri datang nak amik angin kat luar jap.
Sekali air pasang  daaa.. Kesian, ni alamatnya balik je nanti kena
cuci kereta cepat2 takut naik karat.


Diringkaskan ceritanya, hari pertama tu memang habiskan masa dekat terminal je. Sampai je kat Pulau Langkawi dah kena tunggu pulak nak dapatkan kereta sewa. Memandangkan ni kali pertama kiteorang holiday dekat sini memang susah nak uruskan semuanya. Dengan tempat tak biasa, tak ada orang yang nak kenal sangat lagi. Semua jadi agak  lambat la sikit. So, first day tu, kiteorang lepak je kat homestay sebab dah penat yang amat sangat. Nak jenjalan pikir esok2 je lah. 


On Second Day :-

Dah isi perut hati pun senang la kan. Lepas lunch je terus kiteorang rushing masuk van. Kali ni nak pergi pantai Chenang nak cari bot jalan2 keliling pulau. Jalan yang tak kenal pun kiteorang redah je janji ada signboard yang tulis 'Pantai Chenang' tu kiteorang ikut je haha. Serious cakap, sampai je kat Pantai Chenang tu seolah-olah tak nampak sangat macam pantai yang biasa tengok kat Malaysia. Terdetik kat hati, 'aq ni holiday kat Bali ke ' memang berangan la kan nak pergi Bali. Bajet pun tak lepas lagi nak pergi sana ada hati konon. Mat Saleh punya lah ramai. Memang terasa bukan kat Malaysia la kan. Cerita pun macam tak pernah nampak mat saleh je  eheks. 


Sekali-sekala naik van ramai2 terasa meriah la pulak. Best.


Side-angled face captured kenkononya. :P


Here we are. Orang waktu macam ni memang ramai. So, nak naik 
bot pun kena ambil giliran ye. Advance betol. 


See that. Dulu tengok dalam tv je. Sekarang dah dapat tengok dengan 
mata sendiri. Memang awesome. - Tasik Dayang Bunting -



Dayang Bunting Marble.



Daddy cool, Daddy rock. Tetibe je ayah berdialog, "ada rupa 
hero tamil tu x bila pakai spect ni." Duh ayah ni -.-'



Dah nak sampai dah. Sebelum sampai paksa ayah
 posing dulu mehehe



Oraitt,, sampai pun. Memang cantik tempat ni. 



A litte bit to know about this lake. Wuu~ tempat bunian rupanya. 



Terasa nak jadi dayang la pulak. Boleh tak ? hehe



Me n Ayah



Terasa tempat mandi tu macam diorang je yang conquer.



Rupanya tak de lah besar mana kolam tu ye. Nasib baik ada ruang 
lagi. Frust betul orang ramai2 ni. haihh.. (Syoknya korang bermandi-manda)



Formasi bentuk Dayang Bunting dari arah dalam tasik. Suka tengok =)



Abang bot try nak bawak kiteorang semua jenguk gua tu. 



Ok, nak dekat dah..



Ternyata sampai situ je. 3 orang hero kecik tu takut la pulak. Ternyata 
tak ada papepun dalam tu sebenarnya hihi. 



Seronok oi main ombak. Nak2 lagi atas bot. Lajuuu !!



Alrite, nampak dah helang atas tu. Sampai pun tempat diorang .



Pulau Singa Kechil tak silap. Tempat nak tengok burung helang. 



Gambar edit. Suka tengok pemandangan kat sini. Cantik. 



Abang bot tu cakap, kalau leher helang tu putih badan dia merah tu
panggil helang merah. Kalau helang tu ada putih dengan coklat tu panggil 
helang hitam. Tetiba ayah aq menyampuk. "oo,,kalau kepala helang tu
putih badan hitam tu 'LANG-SUIR' lah?" . Tak terbahak aq waktu tu. Bahaha 



Still lagi kat tempat helang tu. 



Sampai pun Pantai Beras Basah. 



Kat sini pun boleh mandi-mandi. 



Angah nak posing cute jap. 



Sekali macam ni ko posing Ngah. What the taste. -.-



Ehem hem.. Scroll bawah please :p hehe



Bambam cik Wawa pun ikut sekali tau. 



Luv Pulau Beras Basah. Peace..



Cik Wawa ngan parents dia. So sweet~ 



Ni dia 3 hero kecik tu. 











Senang je nak bawak si comel ni. Tak banyak ragam langsung. Anak 
orang lain merengek je bila bot. Yang dia cool je. Wawa Daebak hehe. 




Ragam dalam bot. Macam-macam .



Balik !!

P/s :- Memandangkan holiday ni 4 hari 3 malam, ingat nak buat sekuel. Cecehh. Gambar banyak sangat so guna 1st and 2nd day dulu. Yang berbaki tu nanti ada dalam part II punya cerita. 

Thanks sudi singgah baca ^_^





2 comments: