FB,TWT,Skype,Yahoo.





Monday, 8 April 2013

Clearence !!

Views
ASSALAMMUALAIKUM ^^

Tak sangka betul cepat aje masa berlalu untuk sem ini. Pejam celik pejam celik nak habis sem daaa..
Tak lama lagi cuti sem pun datang, nak-nak lagi cuti sampai 2 bulan ha milah koba an haha. Ceh, mula dah start pikir mau buat apa cuti pepanjang ni. Jadi cikgu lagi kah? eheks. Wa tak kesah sangat kalau bab-bab kerja ni pasal ibu wa sendiri dah ready dah nak amik anak dia yang comel lote ni siap-siap jadi kuli kat tadika dia tu. Hamboihh. 

Fine, sebelum nak cuti, holiday atau honeymoon bagai selama 2 bulan tu, perkara wajib sebelum nak tinggalkan kolej takpun bilik kesayangan hamba ni ofkos la kena dibersihkan dahulu. Takpun dalam erti kata lain bebudak kat UiTM Segamat ni panggil CLEARENCE. Yes, sapu lantai, buang habuk, lap tingkap, lap kipas, buang sawang, semuanyalah asalkan bilik tu bersih tiptop. Nyah dari kotoran. 

So, para ahli ZAM 220 D memulakan projek pada petang yang sore dengan mengangkut segala macam barangan keluar dari bilik. Angkut punya angkut masing-masing mula perasan yang lorong kat bilik sendiri dah hampir nak kena block ! Melampau terlampau barang2 kiteorang tu letak kat luar bilik dah macam orang nak pindah rumah. Berselerak habis sungguh. Next stepnya pulak, masing2 dah boleh buat kerja sendiri. Sorang lap tingkap, sorang sapu lantai, sorang lap kipas dan sorang lagi tolong tengok ahaha. Acah je. 


Maap jiran2 semua atas kesulitan yang
berlaku.

our stuff. 

Sampai nak tutup jalan dah penuh dengan barang2 nihaa. 

Banyakkan barang kiteorang. Kiteorang ni memang suka
mengumpul ihiii...


Penyapu kak Ry. Sampai patah dua
dikerjakan dia. Geram sangat dengan
 habuk kot.

Memang seronok buat clearence ni sebenarnya. Nak2 lagi kalau bergotong-royong dengan semua roomate. Eratkan silaturrahim lah katanya.. tak gitu. Nasib baik tak amik masa lama sangat nak bersihkan bilik kiteorang tu. Hellooo,, banyak2 barang pun, bersihkan bilik petik jari je dah siap haha. Habuk tak payah ceritalah, menggunung bukan main tinggi lagi. Terpikir jugak last sapu haritu bila. Agak dah berapa minggu tak sapu bilik, lain macam je habuk2 die tu. Menggeriting ko habuk die tu..

So dah siap semua bercleaning, dah boleh susun balik barang2 kiteorang yang kat luar tu. Yang seronoknya buat clearence ni, bila akak Ry pasang lagu kat laptop die tu kuat2. Pehh volume tahap maksimum den cakap. Bergema lorong wing kiteorang tu pasang lagu kuat2 dah macam kawasan tu kiteorang yang punya. Malu tak payah ceritalah,, wingmates semua konfem fahamnya tu. At least kerja siap sebelum maghrib. Elok la tu, pasal aq pun kena study balik sebab esoknya tu ada final exam pulak.
Bila bilik dah bersih, sure2 lah nak study pun rasa selesa je . Wish me luck okeyh for this final paper.

Habis sem ni, sure rindu dgn bilik ni. Dengan
 roomates  yang boleh tahan jugak gila2. 



Sure lepas ni mulalah berfeeling-feeling rindukan roomates semua ni. 

Ni dia penghuni2 ZAM 220 D .
Lots of love .. ^_^







Saturday, 2 March 2013

Assignment, Assignment, Assignmentsssss !!

Views
ASSLAMMUALAIKUM 



Cuba jawab, Student mana yang suka buat homework? Yang suka tu aq tak tahu la tapi papepon Tahniah diucapkan yee, anda memang lain dari saya huh. Selama 3 sem Diploma aq duduk kat uitm ni, perkara yang paling melemahkan aq Yang NI LAH. ASSIGNMENTS. Haa amik ayat Caps Lock aq ahah. Aq tak boleh langsung dengar benda alah tu, memang tak boleh, eee memang tak boleh la. Nampakkan poyonye tu.

 Bila dikenangkan zaman dulu-dulu, dari kecik kot aq mana la sangat nak siapkan kerja sekolah aq sendiri sampaikan Guru Besar aq datang cari aq kat kelas sebab dia dah cek semua buku aq yang kosong tu haha. Hasilnya, aq dapat 3 sebat rotan hinggap betol-betol kat bumps aq ni. Malu tak yah cerita la kan, aq kena sebat depan classmate aq sendiri waktu tu dan aq je lah satu-satunya budak perempuan yang kena sebat oleh Guru Besar aq sendiri. Guru Besar weihh, taikun besar sekolah tu wa cakap haha. Rotan pulak bukan nipis ye.. tebal mengalahkan kaki kerusi kayu (yang tu tipu). Aq cakap betul-betul la.. masa zaman sekolah rendah memang aq seorang yang malas sikit,sikit je la tapi tak de la terbawak-bawak sikap tu. Lepas insiden kene rotan tu aq tekad tak nak malas lagi. Cukup la kena rotan depan 1 kelas tu.

Ibarat situasi aq yang macam ni lah. 

Sejak masuk universiti amik diploma ni memang aq tak boleh nak lari dari assignments. Nak-nak lagi kos yang aq ambik sekarang ni. Bergunung-ganang weih assignment. Ingat aq suka? Tolong lah, tu memang tak normal kalau ada yang suka buat assignments. Tu memang aq tumbok kang kalau aq jumpa orang camtu hahaha. 
.
.
.
.
.
.

Information Management memang tak sah kalau bagi assignments berlambak-lambak. Kos lain perlu tahu bahawasanya, pelajar-pelajar Pengurusan Maklumat ni mampu melakukan berbelas-belas assignment yang dibagi sendiri oleh lecturer untuk disiapkan dalam masa yang singkat je. Haaa.. ko mampu ke tak ? Itulah kelebihannya bila jadi student Information Management nih. Kerja mengalahkan Setiausaha Negara je kan hahaha. Nak ke tak nak , kerja kena siapkan jugak, kalau tak siap memang makan diri. Assignment siapkan last minute memang dah sebati sangat dengan aq, tak boleh nak ubah dah. Dapat kerja sebulan lepas, time nak dekat due date dia mulalah menggelabah cari orang, tanya tu tanya nih. Last-last aq hantar jugak walaupun aq tahu content dalam tu semua tunggang-langgang hehe.

Yeahh die hard DIIM. 

Ok, list tu memang hasil dari tangan aq sendiri. Memandangkan aq ni boleh la tahan malasnya, aq siap pakukankan benda alah ni dekat board depan meja study aq. Memang nak bagi mata dengan otak aq sakit bila nampak je benda nih.. Untuk sem 3 ni, haa amik 16 assignments gedebuk atas aq. Waaa... nanges air mata darah sekalipun aq tak boleh nak buat pape. Terpaksalah buat demi cita-cita nak pointer yang gempak. Normal sangat kalau aq dengar member-member aq yang lain mengeluh pasal assignments. 'Eee..geramnya dapat banyak assignment nih.' 'Halaahhhh, muntah aq hari-hari menghadap assignment je'. Dan ETC haha. Memang tak ada sorang pun yang sukalah bila dengar je perkataan ASSIGNMENT nih. MUka masing-masing dah macam muka rasa cuka bila dengar perkataan tu. Aaa kan ?

Tapi tak pe, aq tak naklah mengeluh selalu.. aq pun terfikir kalau asyik mengeluh je kerja konfem tak siap kan. Apa kata kita berfikir secara positif. Daripada mengeluh baik kita tukarkan yang negatif tu kepada positif. 'Aq kena kuat, aq boleh buat, Aq boleh siapkan assignment ni'. Haaaa amacam? *wink wink* Berdoa banyak-banyak kepada Allah agar sem 3 ni berlalu dengan cepat, tak sanggup dah aq nak rasa lagi. Uuu Amin amin aminnnn....

So, kepada classmates aq, chaiyok chaiyok, kuatkan semangat, luahkan idea anda, eratkan kerjasama berkumpulan, and still together okeh. KIta harung sama-sama ye... LOve u all hehe. Ingat... belum ada students yang mati disebabkan assignments. Hahaha..

Dah, nak sambung buat assignments balik. Salam....






Tuesday, 26 February 2013

Education

Views
ASSALAMMUALAIKUM


KINDEGARTEN

Tadika Islam Annur, Tmn.PKNS Beranang,Selangor. (1998-1999). I studied there when i was 5 years old.  


PRIMARY SCHOOL

2000 - 2005

SRJKC (C) TON FAH BERANANG

Pictures when i was in standard 6.
Ha cari cepat. Mana aq?! haha


Here, i got enter when i was 7 years old. My year in 2000 where i began to enter school. Yup, my school was Chinese and i learn to read, speak and many more in Chinese  I studied until i finish my standard 6 in 2005. 


SECONDARY SCHOOL

2006 - 2010

SMK KHIR JOHARI BERANANG

.
.
Form 5 Graphic Computer Class.

Class picture in our cloudless class. 

I got here on 2006 to further my secondary studies. 5 years i studied here until i finished my SPM on 2010.


UNIVERSITY

UiTM (Me here in 2011)


Class picture when i was in 1st sem.


Great to know them. 

Well, never thought that i could get so far to further here. Like a dreams that i got in university? Awesome. Times passed so fast. I'm in university?  For now, this is my highest level. Proud to myself that i could achieving this for this time. Alhamdulillah. So, i'm here to further my study in Diploma in UiTM Segamat, Johor. My course study here is Information Management. Yaaa i'm DIIMians hee.. Heyyy,, interesting course i tell u hehe. And In Sha Allah, if i had finish my Diploma here, i just want to continue my study in Degree and so on.  Just hope that everybody to pray for me. Peace ^^









Monday, 18 February 2013

ME ON NEWS ( MAHA 2012)

Views
ASSALAMMUALAIKUM


Pernah dengar pasal MAHA 2012 tak ? Ok, kita belajar balik pasal sejarah yee. ..






Kalau nak tahu MAHA 2012 ni merupakan satu pameran ANTARABANGSA yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif Pertanian,Industri Asas Tani, Hortikultur dan Industri Pelancongan Tani. Kiranya, kalau nak tengok buah-buahan yang saiz lagi besar, ikan, lembu yang demok2 inilah tempatnya. Dengan adanya ekspo ini bolehlah peladang, penternak, dan nelayan kita ni tunjukkan hasil titik peluh diorang yang diorang usahakan sendiri. Hasil diorang tu bukan sebarangan keyh. Ekspo tu sasarkan 3 juta pengunjung untuk datang pada tahun tersebut. Bukan sikit tau. Aq dah rasa sendiri jenjalan dalam ramai2 tu. Sesak ! O ye, ekspo ni diadakan dekat MAEPS Serdang, Selangor. Besar betul tempat dia.. sehari pun takkan cukup korang nak round2 tempat tu. Memang kaki boleh tercabut wa cakap haha. Letih. 

Peta MAEPS kalau nak pergi mana2 section. Larat tak kalau korang nak jalan kat semua  tempat ni.*sumber Google*

*klik gambar untuk paparan yang jelas.


TAPI

aq bukanlah nak cerita pasal MAHA ni semua sangat. Aq nak cerita pasal ni. 

Klik gambar ni bagi nampak jelas sikit DAN tolong focus
betul2 kat gadis yang tengah susun jagung tu.

Nampak tak ? Kenal tak sape tu? hihi.. Woaaa ME ON NEWSsss..tak sangka muka aq keluar kat akhbar diorang. Sape tak bangga weih hoho. Tak percaya lagi? Takpe2 aq ada bukti haha. Korang klik link kat bawah tu lepas tu cari muka budak comei ni yang jual jagung hehe. 


Foto BERNAMA.


*Terima kasih sangat kat wartawan2 ni kerana sudi pampangkan muka saya kat site diorang*
hihi, aq dah macam menggediks pulak. Apa ! ingat ko tu artis. Jangan mimpi. (suara ala2 Ibu Mertuaku)



Kisahnya, aq pernah jadi crew untuk team yang jual jagung. Bukan sikit ye aq kena jual tapi SEJUTA tongkol jagung weih nak habis dijualkan dalam masa 10 hari tu. Korang mampu? Memang buat lelongan kaw2 lah masa tu. Sape tak nakkan orang jual 20 tongkol 10 hengget. Tak menang tangan aq layan pelanggan yang tak putus2 datang kat booth jagung tu. Sriyes PENAT MELAMPAU SANGAT. 



Pengalaman menjual sejuta jagung ni memang memenatkan sebenarnya haha. Nak bangun tidur pun liat bila tahu kena jual lagi. Nak habiskan dalam 10 hari tu bukannya senang. Nak layan pengunjung yang datang berpusu-pusu non-stop pun kita dah letih dah. Tapi experience ni memang aq takkan lupa sebab benda ni lah ajar aq macam mana nak jadi seorang usahawan. Aq belajar macam mana nak menghadap orang ramai. Sampaikan aq yang pendiam ni dah boleh cakap2 banyak dan beraninya dekat pelanggan. Crew2 lain yang jual jagung memang sporting habis. Kebanyakkan crew semua dari utara. Crew dari Kelantan pun ramai jugak. Aq je yang sesat orang Nogori kat situ haha. Best sangat dapat bekerjasama dengan diorang tapi sayang last day aq tak dapat nak jual jagung dengan diorang semua sebab aq dah masuk kampus sambungkan sem 3 diploma aq tu. Papepun korang tetap team yang best


'NEVER FORGET THIS EXPERIENCE. IT THOUGHT ME A LOT OF THINGS FROM 
BELIEVE IN  YOURSELF TO FRIENDSHIPS'







Saturday, 16 February 2013

My Beautiful Malaysia

Views
ASSALAMMUALAIKUM ^^





Cerita ni dah lama dah cuma aq baru nak cerita je nih.. haihh. Baca je lah ek. Tarikh kejadian tak silap aq berlaku pada 3 Februari camtu,err lama dah.. takpe2, meh saya jemput anda semua naik kapsul oreo masa saya, kita back to the past kononnya keyh. Ready semua.. vezuuuuuummmmmmm~

Oraite, dah sampai hehe. Hm MY BEAUTIFUL MALAYSIA.
Aq masuk contest ke ? First2 dengar macam bunyi nak masuk peraduan buat video je kan hehe.  Kalau nak tahu ini salah satu aktiviti yang aq kena  join sebagai  SUKARELAWANMAHASISWA. Bukan aq sorang je tau, ini semua 1 Malaysia pun terbabit dan melibatkan seluruh belia kat Malaysia nih.  Semuanya Dato’Najib punya fasal haha, politik.

Aq sebenarnya pun tak tahu yang benda macam ni wujud. Setahu aq, kerja aq asyik melepak terperap dalam bilik hostel aq tu je. Online pun banyak bukak Facebook dengan Twitter je ouppss, tapi tak de la pulak citer pasal My Beautiful Malaysia nih, tak de pulak jadi trending kat mana2 laman social tup2 nama aq ada pulak join benda nihh haihh.

Dan seActuallynya, aq memang x tahu pape sampailah roommate aq cakap nama aq dalam list pergi ke Kluang Johor. Dan aq seakan-akan WHAT ?! dengan muka kebeleran lagi. Tanya orang tu Tanya orang ni baru la aq dapat tau yang benda ni dah dibuat taklimat dah pun masa kelas kor lagi dekat dewan cuma aq TAK PERGI je masa tu lalalala haha.  Rata2 yang terlibat nak pergi ni kebanyakkannya budak2 kokurikulum kat kampus aq. Nak tak nak kena la pergi jugak sebab tak silap aq diorang cakap benda ni wajib hm ?? Tak kesah la kan janji elaun makan diorang bagi hohoho.

So, untuk kampus aq yang segar amat nih dapat 3 tempat yang kene pergi. Muar, Kluang, dan Segamat. Nama aq dalam list pergi ke Kluang, wihihi. Dan apa yang buat aq xtahan sikit, kiteorang semua kena berkumpul awal jam 2.30 pagi. PAGI weihh ! Mata sape lah kan yang boleh bukak time tuh haha. Mujur lah aq dah plan idea sikit tak nak kasi mata aq ni lelap. Plan aq, aq tengok drama Setia Hujung Nyawa dulu sampai pagi ihihi. (Pehh layan drama melayu rupanya aq ihihi) Elloo.. drama tu tengah popular masa tu aq pulak baru tengok sampai episode 19 tak silap. Nak habiskan episod 24 masa tu baik aq tengok dulukan sebelum nak pergi. Sanggup tak tidur ni weii semata-mata nak berkumpul 2.30 pagi tu.
.
.
.
.
.
.
.
.


Suasana jam 2.30 pagi. Ramai rupanya yang pergi.

Loceng kecemasan pun turut dibunyikan ek. Gempakkk

Tempat berkumpul masa tu memang dah ditetapkan. So, sape2 yang dapat pergi ke Kluang tu kene berkumpul dekat padang kawad. Bayangkan betapa jauhnya tempat tu dari kolej aq. Hamekk, pakej sekali buat senaman ringan pepagi buta macam tu. Trip kiteorang ni special sikit dan dan dan, agak jadi satu sejarah bagi hidup aq sebab ramai2 konvoi naik 20 bas. Wa cakap lagi sekali, 20 bas beb. Melampau kan haha. Tapi memang seronok, seronok sangat2. Aq share bas ngan ahli2 sport wellness. Tapi tak bertegur pun.. masing2 tidur, penat punya pasal. Mana tak nyerr.. kumpul 2.30 pagi bertolak pulak dah jam 4 lebihh..bayangkan kiteorang kena berkumpul berapa jam. Lama kan.

Tempat berkumpul kiteorang yang nak ke Kluang.

Sampai je Kluang, kiteorang disambut oleh hujan. Bukan renyai2 ye.. ni lebat sungguh punya hujan. Wah, Macam mana mau bergotong-royong nih kalau cuaca dah cengginih. Tapi mujur la hujan berhenti sekejap2, tapi sekejap je la..lepas tu lebat balik. Dekat situ memang padat sangat dengan orang nak2 lagi kiteorang yang UiTM nih bergabung dengan NGO yang lain yang datang masa tu. Memang ramai la kan..

Aktiviti aq kat situ memang tak ada buat papepun and please jangan cop aq sebagai curi tulang ye. Keadaan cuaca masa tu memang tak mengizinkan kitaorang nak kutip sampah keliling bandar tu. Aq cuma pegang 2 beg plastik je tapi isi haiyooo tarak pun hehe. Orang lain elok2 je penuh dengan sampah tapi aq hee tak payah cerita la kan. Kalau hujan lebat macam tu memang badan jadi malas. Ececeh, tu semua alasan.

Hujan lebat tak berhenti kat Kluang. Lecak & lencun.

Tapi dalam2 tak bestnya tu, hati,otak dan segala sistem saraf badan aq tetibe bersemangat pulak bila dapat benda nih. Taraaaaaaaaa !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Baucar makanan KFC *angkat2 kening*


Burger, ayam seketul n air tin. Alhamdulillah save elaun aq
yang x guna2 tu haha.